Lukisan gambar Parameswara
Siapakah Parameswara?
Parameswara ialah putera raja dari Palembang. Palembang ketika itu
adalah dibawah naungan* Majapahit. Parameswara telah dilahirkan pada tahun 1344.
Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja
Majapahit dan menjadi pendukung setia* kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, Parameswara telah
mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha
membebaskan Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan ini telah
menyebabkan Maharaja Majapahit menghantar panglima perangnya untuk menghalau
Parameswara dari Palembang.
KATA KUNCI
|
|
Naungan
|
Negeri yang dilindungi
|
Pendukung setia
|
Mempunyai hubungan yang rapat dan teguh
|
Perjalanan Parameswara ke Melaka
Parameswara telah melarikan diri ke Temasik, iaitu nama lama bagi
Singapura bersama pengikut dan ahli keluarganya. Pada waktu itu, Temasik
diperintah oleh seorang Gabenor* Melayu dari Patani* yang dilantik oleh Raja Siam
bernama Temagi. Parameswara telah membunuh Temagi dan mengisytiharkan
dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kejadian
ini menimbulkan kemarahan kepada Siam. Parameswara telah melarikan diri ke Muar
sebelum Siam sempat menyerangnya dan menetap di situ selama kira-kira dua tahun.
KATA KUNCI
|
|
Gabenor
|
ketua negara yang memerintah
|
Patani
|
Daerah Thailand yang bersempadan dengan Malaysia
|
Singapura dulu dikenali sebagai Temasik
Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah
tempat iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk kerana diganggu oleh kehadiran
biawak yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang tiba-tiba runtuh.
Baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung
atau sekarang dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga akhirnya tiba di
sebuah perkampungan nelayan.
kedudukan Sening Ujung atau Sungai Ujung
Pada suatu hari, Parameswara dan pengikutnya pergi berburu.
Apabila kepenatan, Parameswara bersandar pada sepohon pokok.Tiba-tiba, anjing
perburuan Parameswara ditendang oleh seekor pelanduk putih dan anjing itu
terjatuh ke dalam sungai. Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa
amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu. Parameswara
berpendapat bahawa tempat itu sangat bertuah dan sesuai dijadikan negeri.
Parameswara menamakan tempat itu berdasarkan nama pokok yang disandarnya, iaitu Melaka. Gambaran pelanduk putih menendang anjing buruan Parameswara.
Parameswara sedang berehat dibawah pokok melaka
Gambaran pelanduk putih menendang anjing buruan Parameswara Pokok Melaka
Pokok Melaka
PETA MINDA KRONOLOGI PENGASASAN MELAKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan